Monday, May 20, 2013

Dealing With Pain.

Aku yakin semua orang pasti pernah melalui kesusahan. The degree of pain vary, dari gagalnya peperiksaan penggal, kepada perginya orang yang paling kita sayang. Kesusahan itu inevitable, wajib datang, tak dapat dielakkan. Yang kelakarnya manusia, bila Tuhan beri nikmat bukan main bersyukur ke hadrat Ilahi atas rezeki yang telah diberikan. Tapi bila diuji sikit, fuck itu, fuck ini. 

Aku juga yakin, respon manusia terhadap kesusahan hampir sama. Kita sentiasa salahkan takdir apabila    kita tak dapat apa yang kita mahukan. Lagi lagi aku ni yang fresh out of the oven, lepasan spm masih mentah yang baru nak menjejakkan kaki ke alam baru. Plkn offer letters, result spm, lesen kereta, result mara, result upu, result ipta, macam macam nak kena tempuh. Walaupun rejection after rejection, ini baru 0.001% daripada apa yang mungkin aku hadapi pada masa akan datang. idk.

Rejection is not easy. Mana ada manusia yang suka dengan rejection. Walaupun ayat cliche orang cakap, "failure will make you grow" tapi sejujurnya kita semua rasa "failure will make us fail even more".

Mak aku selalu pesan, 
"When you've tried your best but you don't succeed," ada beberapa perkara yang perlu kita recheck. 
  1. Niat
  2. Hubungan dengan Tuhan
  3. Hubungan dengan ibu bapa
  4. Hubungan dengan guru
  5. Hubungan dengan kawan kawan
  6. Ibadah
Material bukanlah segala galanya. Kadang kadang walaupun kita dah berikan 200%, kita dah bersengkang mata study, kita dah gadaikan segala galanya - things won't go as we've planned. Itu datangnya tawakkal. Dan konsep tawakkal ni, tak ramai yang faham, termasuk diri aku sendiri. Ramai yang fikir tawakkal itu cuma berserah sebelum mendapat apa yang kita mahukan. Tapi dengan tawakkal datang juga bersangka baik pada Tuhan, dan yakin bahawa apa pun yang berlaku, In Sya Allah semuanya yang terbaik untuk kita.

Tapi how is it possible, Ive lost my baby brother, aku dah dapat 4 rejection letters, aku tak dapat pergi overseas, and aku kena repeat driving test sampai tiga kali - macam mana nak kata tu yang terbaik buat aku?

But think of it this way, "bumi Allah ini luas, rezekinya banyak." Mungkin ada hikmahnya kau tak dibenarkan untuk study abroad, mungkin jiwa kau belum kental untuk menghadapi cabaran di sana, mungkin adik kau terseksa dengan penyakit dunia, mungkin dengan tiga kali kau repeat test jpj tu, kau boleh bawak kereta sambil tutup mata. Siapa tahu? Point is, Tuhan itu Maha Adil. Dan adil tak bermakna kita akan dapat apa yang kita mahukan, tapi apa yang kita perlukan. Tuhan juga takkan sesekali membebankan hambaNya luar dari kemampuan mereka. Jadi apa apa pun cabaran yang kau tempuh, kau pasti boleh redah. 

Macam ni lah, 
"whatever happens- as long as you're still alive, it is not the end. And if you think no one is going to be there for you, I will."

23 comments:

  1. chin up, buttercup!

    :)

    ReplyDelete
  2. I want to share a story that I read,

    Kita tak tahu apa hikmah disebalik semua yang terjadi pada kita. Macam seorang bayi berusaha setahun 3 bulan yang cuba nak tutup pintu kereta. Dia rasa dia dapat buat, tapi kita sebagai orang yang lebih besar nampak kemungkinan yang dia akan terkepit antara pintu dan kereta itu. Sebagai orang yang lebih besar kita pasti akan tarik bayi tersebut dan kebiasaannya bayi tersebut pastilah menangis sebab usaha yang dia sedang lakukan itu dihalang.

    Kalau dilihat, sama la macam kita manusia. Allah selamatkan kita sebelum kita ditimpa sesuatu yang lebih teruk daripada kegagalan itu.

    Chin up, buttercup!

    ReplyDelete
  3. Stay strong girl. Think of all the pahala yang Allah dah bagi for your patience towards His tests. Chin up! Btw I'm 18 too. Just like you :)

    ReplyDelete
  4. Adik adibah dapat sambung study di mana?

    ReplyDelete
  5. from experience yang kena repeat year, yang fail test jpj, yang tak dapat study abroad sampai tawaran2 melayang, yang etc.. semuanya balik pada pergantungan pada Allah swt.

    Adibah beruntung. dalam usia 18 tahun Allah dah bagi rasa nak faham apa tawakal sebenarnya.

    Pada saat2 rejection ni la paling best tuk dekat dengan Allah swt. Down kan hasutan syaitan untuk memberontak, dan sujud lama2, uzlah dengan Allah dalam solat, mohon kekuatan dan kedekatan.

    Moga Allah swt memberkati kehidupan Adibah yang mendatang, insyaAllah :)

    ReplyDelete
  6. Adibah aku nak share cerita.


    Nabi Musa AS pernah bertanya Allah. "Apa itu keadilan"
    Lalu Allah arahkan Baginda untuk berdiri di atas sebuah bukit.
    Yang dari situ, Nabi Musa AS dapat melihat keadaan di bawahnya.

    Baginda ternampak ada sebatang sungai yang mengalir.
    Datang seorang lelaki berkuda untuk berwudhuk lalu solat di atas batu.
    Ketika beredar, lelaki itu tertinggal satu bungkusan di situ.

    Tak lama selepas lelaki berkuda itu beredar. Datang pula seorang anak kecil mengambil bungkusan yang lelaki berkuda itu tinggalkan. Selepas itu. Datang pula seorang lelaki buta untuk solat di atas batu.

    Ketika lelaki pertama berkuda yang tertinggal bungkusannya sedar akan ketiadaan bungkusan itu.
    Dia berpatah balik ke sungai itu dan bertanya kepada si buta tentang bungkusan yang dia tinggalkan.

    "Apakah kau mengambil bungkusanku yang terisi di dalamnya seribu dinar?"

    Tahulah Nabi Musa AS. Di dalam bungkusan itu terisi seribu dinar. Lelaki buta itu menafikannya. Lalu lelaki berkuda yang datang bersolat itu tadi membunuh si buta itu.

    The End.

    Di manakah keadilan yang cuba Allah tunjukkan?!

    Bukan sekadar kita yang tertanya. Bahkan Nabi Musa AS pun tertanya-tanya juga.

    Allah menjelaskan.

    Sebenarnya.

    Budak lelaki yg mengambil hak lelaki berkuda itu rupa-rupanya anak pekerja lelaki berkuda yang tidak dibayar gaji bernilai seribu dinar.

    Lelaki buta yang dibunuh oleh lelaki berkuda itu sebenarnya tidak buta sebelumnya dan dia yang membunuh ayah budak kecil yang mengambil hak lelaki berkuda itu.

    Jadi.
    Nampak tak keadilan Allah SWT kat sini.

    Bukannya semua yang kita mahu yang Allah beri.
    Allah dah aturkan keadilan yang terbaik untuk kita.
    Allah akan beri apa yang perlu sooner or later :)

    ReplyDelete
  7. I feel ya. I faced the same thing too. Thankss point out the konsep of tawakkal yang aku pun tak khatam lagi. thankss xx

    ReplyDelete
  8. dear adik Adibah..

    kalau betul you've got all of that, situasi kita sama.
    after SPM, akak tak dapat apa2 tawaran pun.
    and guess what, test JPJ akak pun buat 3 kali.
    down gila time tu. and my mother told me the same thing your mother told you.
    kita untung dik, Allah 'tegur' kita awal. alhamdulillah.
    bersangka baiklah. everything happened for a reason right?

    -rain :)

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Adibah..

    bila akak baca your post, sometimes akak pun rasa macam someone 30 years old stuck into your body..mcm u said to your lil brother :)

    one word pop up dalam fikiran akak..
    matured betul budak nie..the way she thinks..tak macam budak 18 years old. Alhamdulillah..

    dunia tak berakhir bila kita diujikan..tawakkal means put all your trust to Allah because Allah knows the best. After all, He is the best planner,yes? :)

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum..
    Adibah, saya pun kena ambil ujian test jpj sampai 3 kali . Kawan lain ambil sekali dua je , haha malu betul rasanya, sedih dia lagi la tak pyah cakap .
    Tapi alhamdulillah , saya lulus dan sekarang ni banyak tempat saya dah pergi .
    Saya yakin awak akan lulus jugak .
    Paling penting 'jangan cepat melatah bila dilanda ujian' . Keep strong and move on , ok! :)

    ReplyDelete
  11. salam..

    jgn putus asa n think positive..
    tiap sesuatu ad hikmahnye..
    ALLAH tw mne yg bek n mne yg bruk tuk ktew..
    ktew hnye mampu berdoa..
    redha dan tawakkal pd ketentuan ilahi ini..
    bersyukurlah atas ape yg ade..
    mungkin ini bukn hari u..
    mne tw ari len plak ari u..
    ktew x tw..yg tw hnye ALLAH shje..

    salam

    ReplyDelete
  12. Salam wbt,

    I won’t pretend that I know exactly what you’re feeling.

    I don’t — because I’ve never gone through exactly what you’re going through.

    But I do know what it feels like to lose something precious, and I know what it feels like to grieve.

    I also know what it feels like to rebuild, reinvent, and keep living. (It is possible. I promise.)

    This is the story that help going through a difficult phase in my life

    I hope that it can help you too…

    In Egypt there was a young man named Abbas Assisi. One day he met with Sheikh Hasan Al Banna, the head of the Muslim Brotherhood. Then, they talked and Sheikh Abbas Al Banna asked Assisi’s future undertaking. The young Asisi had just graduated from secondary education when he met Sheikh Al-Banna. Then Al Banna said:

    “Why do not you try to get in the military?

    “I’ve got a problem with my eyes,” said Assisi, “I fear that I am not unable to pass the shooting test”

    “It’s ok, trust in God,” said Sheikh Al Banna.

    “How will I trust in God, as I know there is a problem with my eyes?

    “Therefore,” said Al Banna “Put tawakkal to Allah, if your eye is healthy, could be that you will rely on your eyes.”

    Abbas Al Banna Assisi follow the advice. He entered the military. When he decided to do the shooting exam, his doubts emerged, and he remembered his teacher’s message. Then, he brushed off all the doubts, try his best and leave it to God. It turns out he graduated as the best shooter for the shooting test.
    **

    Chin up, buttercup!

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum... you all rite? (cara org british tanye kabor:)

    I just knew bout you today, thank Allah. Alhamdulillah.. and the first person i think when i was watching you is Brother Nouman Ali Khan.

    the purpose of test:

    "We broke them up into sections on this earth. There are among them some that are the righteous, and some that are opposite. We have tried them with both prosperity and adversity: in order that they may turn (to Us)." (Al A'raf:168)

    Let's spread quran and advertise Islam. insyaallah:)

    ReplyDelete
  14. Slps kesukaran pasti ada kemudahan. U r celebriti now:-)

    ReplyDelete
  15. "and if you think no one is going to be there for you, I will."

    chin up, buttercup!

    ReplyDelete
  16. Reading this post made me feel ashamed of myself. I've been tested too lately and I can relate with some of your troubles but unlike you, I havent been as accepting. My family and friends were supportive and had told me to be thakful and and I tried and slowly I could come to terms with it. But some days I still feel sad for no reason.

    This post really made me realize that maybe all the things I wanted are not what I actually need right now. Thanks for writing this.

    ReplyDelete
  17. And I pray that you will get through this. In sya Allah :) you're an inspiration to many and I'm sure Allah will reward you with great things

    ReplyDelete
  18. salam....
    saya nak tanye.....
    you tube account adibah dah x de ke?

    ReplyDelete
  19. Salam kak dibah, mohon copy paste untuk tatapan keluarga saya diasrama ya :)

    ReplyDelete
  20. And today marks one year of you leaving blogger. Happy 1 year of non active in blogger;

    ReplyDelete
  21. Where have you been, adibah? I used to watch your videos on weekends but too bad you've deleted your youtube account :( The only site that you left is blog which means, the only site tht I enter to get the spirit back to motivate me. If you're reading this, I just want you to know.. you inspire me a lot, adibah! Please pretty please making videos & update your blog (but I wont force you if you dont want tho). Please come back & keep inspire people, adibah. & i hope, you wont delete this blog bcoz i "loose" you in youtube & i don't want to loose you again. Take care, adibah. May Allah bless & ease everything you do. Assalamualaikum wbt :)

    ReplyDelete
  22. kak dibah ada ig tapi tak approve orang ke?

    ReplyDelete
  23. Thank you for this. God blessed.

    ReplyDelete